Saturday, August 14, 2010

makan..makan..

Hari Jumaat lepas aku masak ayam poket.sedap!wan makan sampai kenyang dan hampir pengsan.*menjeling.sebenarnya nama dia ayam pandan.tapi sebab daun pandan tu dibuat bentuk poket,maka aku panggil la ayam poket.

aku suka mencuba pelbagai resepi aneh untuk dimakan oleh wan (-_-;)kalau tak sedap pun dia kene makan jugak.heihei..sebelum ni aku masak ikan selar yang besar tu sumbat dgn inti kelapa parut.pun sedap jugak.lepas ni aku nak cuba ayam golek pulak.ah!!sebut2 makanan ni buat aku meleleh air liur.

ok kalau sesiapa nak resepi rujukla kat internet.jangan tau facebook je..*menjeling.

Saturday, August 7, 2010

mood aneh

mlm ni sbb lama sgt tunggu wan tak balik2 lagi aku layan lagu2 aneh yg dulu aku sgt sgt sgt sgt kemaruk.aku suka sore ronnie james dio.tapi aku bukan peminat dia.sbb dia setan.sore dia mmg lazat.byk2 lagu ada 3 lagu yg aku suka sgt.1-stargazer masa dia dgn kumpulan rainbow satu group la masa tu dgn ritchie blackmore.2-sacred heart masa dia dh buat band dio dan 3-the last in line dgn dio juge.ai..ada satu lagi lagu rainbow in the dark pun dgn dio.kalau holy diver tu mcm dah muak dgr la..huhu!oh ya,dio dah mati sakit perut.koff!

Friday, July 16, 2010

anak yg kasihan

hari ni masuk kelas 1 al ghazali(mmg hari2 masuk pun.)kelas 1 ag adalah yg agak belakang dan anak2 dlm tu semua yg ayat utk tanya aku biasanya "teacher buat mcm ni ke?" (tunjuk kerja yg tak siap) ai..
mmg aku akan jadi monster tiba2.tapi diorg kalau nak pegi rehat,jumpa aku on the way pegi kantin mesti panggil2 dan lambai2 tgn..aku yg sepatutnya garang dan ditakuti ni terpaksala lambai2 jgk sambil sebut "hai.."mmg anak2 adalah makhluk yg paaalinng kudus dan tulus.tak pernah ada dendam dlm hati dan naturalnya tak pernah rasa susah hati.bila fikir2 balik aku akan jadi sayang dan kadangkala kesian. sbb diorg ni bukanla yg bernasib baik.diorg tak berapa pandai baca lagi..famili susah..belanja kadang2 pun tak ada.bila belajar, otak mcm lembab skit.yela makanan berzat takde.dahtu mak ayah asik keje langsung x tgk anak2.

dalam 1 ag ni ada satu budak baru dari melaka.dari durian tunggal.nama dia iskandar wali.budaknya ok.diam,baikla kira.bagi keje dia buat tapi susaaaaahh sgt nak siap.dia kenal huruf tapi tak berapa ble baca.harini aku bagi tajuk proper noun dgn common noun.aku ajar pelan2 bia diorg dapat ikut.alhamdulillah ada yg ble ikut.bila buat keje,semua buat la. si iskandar ni pun buat.tapi entahla.aku tak tau apa dia tulis.dia dtg jumpa aku tunjuk keje dia.aku apa lagi..baranla sekejap.bila aku tgk keje dia dari sekolah dulu,semua tak siap.ha..aku pun bismillah la..

aku bagi lecture free je.mcm2 aku ckp tapi takla aku maki.dosa kalau cikgu maki budak.sian diorg.ayat aku yg aku rasa bes "tau tak kenapa ticer marah?ticer nak awak pandai" pastu aku tanya dia mak keje apa..ha..time tu dia start nangis.dia kata mak dia buat kuih.dia tlg jual.alahai..kesian..dia x tau ayah dia keje apa.
aku kesian tgk budak nih.dia bukan x ble pandai tapi keadaan tu yg buat dia mcm bernasib malang.aku pun bagi keje yg lain kat dia.aku sebenarnya nak tgk kesungguhan bdk ni..pastu aku ckp kat dia,kalau dia ble siapkan keje aku,aku akan bagi dia hadiah isnin nanti.kdg2 aku jadi geram ngan mak bapak yg x kisah pelajaran anak2 ni.sibuk sgt cari duit.apa?ingat duit tu ble tlg dia ke nanti?
mmgla susah.aku pun dulu susah jgk.tapi abah aku siap ckp "abah xde duit nak bagi.tapi abah ble bagi kau semua belajar.jgn jadi mcm abah.idup susah" abah aku sedar yg ble tlg anak2 dia, ilmu,pelajaran.tapi mak ayah skang agak2 diorg pikir x pasal tu?

aku kira lama jgk dah mengajar ni.mcm2 perangai mak bapak aku tgk.ada yg langsung tak tau anak dia dah darjah berapa?bayangkan tu.ni bukan tipu2.penah jadi masa kat jb dulu.sbb asik sibuk cari duit.ada yg dtg tgh mlm kat rumah aku mintak aku ajar anak dia abc.aku tolak.come on la..aku mak anak kau ke atau kau?mana fungsi kau sbg parent?kat sekolah aku dah ajar.abis sampai tgh mlm aku lagi?aku bukan berkira.tapi aku wonder mana fungsi dia?tanggung jwbla sikit.ni bangsa yg tau beranak,buat anak tapi x tau didik anak.jenis beranak anta kat org suruh jaga.yg paling sedih..perangai yg mcm ni semua melayu.aku rasa cikgu sekolah lagi byk tau pasal budak2 ni dari mak bapak sendiri.siapa bacakan yassin,buatkan solat hajat,doakan diorg bila nak amek peksa?cikgu2 la yg selalu buat.mak ayah?mungkin adala yg buatkan jugak.tapi selalunya mesti cikgu yg beria sgt.risau diorg nak peksa.mak ayah?dtg pun tidak masa solat hajat perdana kat sekolah.

bagi aku,org luar yg selalu menuduh cikgu mcm2 tu,kebanyakannnya silap.fine,x apalah kau semua nak pandang serong dgn cikgu2 ni.Allah lagi tau mcm mana susahnya kami ni mengajar anak2 kau org.masa,tenaga even duit pun keluar utk anak2 korang.
untuk iskandar wali,teacher tunggu keje kau isnin ni.kalau tak siap,sajala cari nahas.hoho

Sunday, July 11, 2010

espana!espana!

spain menang!hohoho..lain kali x payah sewa paul sotong buat ramalan.tipon je angah aku.daripada awal dia dah kata spain menang tahun ni.hihih..
ini ditujukan untuk espana supporter.xde klip gerak2.tapi xpela.*hentak2 kaki buat gaya matador*

Thursday, July 1, 2010

aliff dah 2 tahun ;)




aliff aiman dah besar.dah ble ckp 'nuk naik' (good nite) (-_-;).dia juga pandai menakut-nakutkan aku dgn cik ida (jiran sebelah).sebenarnya dia yg takut dgn cik ida tu.kalau ayah dia mintak apa yg dia makan dia akan ckp 'adas' = pedas.sebenarnya dah bersikap kedekut tak mahu bagi org lain rasa.heihei..(aku x ajar ini).

semlm 30 Jun kami celebrate biasa2 je.bagi dia sekeping kek,suruh dia tiup lilin.mungkin hujung minggu ni akan pergi bersiar2 sekeliling rumah akibat bajet lari.koff!membocor rahsia sendiri.tapi tak apa maini dah berjanji nak hadiahkan aku beberapa barang mewah sempena besday alip.heihei..

sekejap je alip dah besar dah.harap2la jadi anak yg baik dan taat.juga murah rezeki serta berjaya di dunia dan akhirat.amiiinn..

Wednesday, June 23, 2010

world cup!world cup!

haluu..entri ini ialah cerita pasal bola..;) ya,saya suka bolasepak..saya dulu ialah peminat setia m.u.tapi dulu lah masa zezaman eric cantona sehinggalah zaman kung fu kick dia tu.lelama mcm dah tak berapa sgt dgn m.u kerana dah alih angin ke liga sepanyol.sebab masa tu zaman ronaldo naik dan beberapa world top player mcm zidane,roberto carlos,rivaldo dan ramai lagilah.paling best ialah masa world cup yg buat kat korea tu.aku x ingat tahun bila.masa tu aku paling suka dgn team brazil (sekarang pun)sebab ada roberto carlos.walaupun dia ialah org pendek tapi cemerlang bila buat free kick.paling best masa dia buat free kick bentuk pisang (-_-;)(banana kick) bola yg dia sepak lurus tetiba menyerong kat dpn gol terus masuk.ai..sgt aneh.

tahun ni ada beberapa team yg aku minat selain brazil.hmm..spain,belanda dan argentina.aku tak suka team eropah sebab entah..tapi kalau siapa faham total football mesti setuju dgn aku ;)tapi agak aneh kan bila tiba world cup tetiba ramai plak suka bola?hehe..biasalah..teringat plak ada sorang kawan aku yg beria sembang bola masa tgk brazil lawan china dulu.siap jerit2 plak tu..tetiba kata 'hah!penalti!' aku yg tengok sama terkejut jgk.mana ada player jatuh kat kotak penalti?hand ball pun tidak?rupa2nya free kick!hohoho!sembang beria tapi free kick dgn penalti pun x tau?itu jenis support player hensem.bkn tgk team pun heheh..sorang lagi aku tanya..kau minat team apa (soalan utk pilihan team world cup).dia jawab 'barcelona' jatuh!!tak!tak!mana ada negeri barcelona dlm world cup!

tapi aku pun takla faham sgt secara menyeluruh rules bola nih.aku masih lagi keliru bila bola faul.body contact mcm mana yg boleh.adakah pengadil boleh score gol?koff!!pilihan aku tahun ni mungkin argentina atau brazil.tapi aku tgk portugal pun semcm je?team eropah?kim salam je la..hehehe..apa2 pun enjoyla ye..xkisahla sokong team mana pun..org lain dah sampai afrika dah..malaysia?liga sendiri pun tunggang langgang!

Thursday, May 27, 2010

alip dan babah demam

mereka berduet demam.jadi aku yg solo terpaksa jaga mereka.wan dah bengkak mata akibat soluble (dia ada penyakit aneh mcm org aneh yg satu lagi.x boleh mkn ubat sebarangan *menjeling dusil).doktor kata.."eh bahaya tu.u allergic.kalau dibuatnya bengkak paru2 boleh jalan kita" ai..mmg takut mendengar ayat dr. othman.

alip pulak ntah kenapa tetiba badan dia panas.mungkin menyangkit dari wan agaknya.jadi hujung minggu ini dihabiskan dengan menjaga org sakit. *sigh*
hehehe