Sunday, July 11, 2010

espana!espana!

spain menang!hohoho..lain kali x payah sewa paul sotong buat ramalan.tipon je angah aku.daripada awal dia dah kata spain menang tahun ni.hihih..
ini ditujukan untuk espana supporter.xde klip gerak2.tapi xpela.*hentak2 kaki buat gaya matador*

Thursday, July 1, 2010

aliff dah 2 tahun ;)




aliff aiman dah besar.dah ble ckp 'nuk naik' (good nite) (-_-;).dia juga pandai menakut-nakutkan aku dgn cik ida (jiran sebelah).sebenarnya dia yg takut dgn cik ida tu.kalau ayah dia mintak apa yg dia makan dia akan ckp 'adas' = pedas.sebenarnya dah bersikap kedekut tak mahu bagi org lain rasa.heihei..(aku x ajar ini).

semlm 30 Jun kami celebrate biasa2 je.bagi dia sekeping kek,suruh dia tiup lilin.mungkin hujung minggu ni akan pergi bersiar2 sekeliling rumah akibat bajet lari.koff!membocor rahsia sendiri.tapi tak apa maini dah berjanji nak hadiahkan aku beberapa barang mewah sempena besday alip.heihei..

sekejap je alip dah besar dah.harap2la jadi anak yg baik dan taat.juga murah rezeki serta berjaya di dunia dan akhirat.amiiinn..

Wednesday, June 23, 2010

world cup!world cup!

haluu..entri ini ialah cerita pasal bola..;) ya,saya suka bolasepak..saya dulu ialah peminat setia m.u.tapi dulu lah masa zezaman eric cantona sehinggalah zaman kung fu kick dia tu.lelama mcm dah tak berapa sgt dgn m.u kerana dah alih angin ke liga sepanyol.sebab masa tu zaman ronaldo naik dan beberapa world top player mcm zidane,roberto carlos,rivaldo dan ramai lagilah.paling best ialah masa world cup yg buat kat korea tu.aku x ingat tahun bila.masa tu aku paling suka dgn team brazil (sekarang pun)sebab ada roberto carlos.walaupun dia ialah org pendek tapi cemerlang bila buat free kick.paling best masa dia buat free kick bentuk pisang (-_-;)(banana kick) bola yg dia sepak lurus tetiba menyerong kat dpn gol terus masuk.ai..sgt aneh.

tahun ni ada beberapa team yg aku minat selain brazil.hmm..spain,belanda dan argentina.aku tak suka team eropah sebab entah..tapi kalau siapa faham total football mesti setuju dgn aku ;)tapi agak aneh kan bila tiba world cup tetiba ramai plak suka bola?hehe..biasalah..teringat plak ada sorang kawan aku yg beria sembang bola masa tgk brazil lawan china dulu.siap jerit2 plak tu..tetiba kata 'hah!penalti!' aku yg tengok sama terkejut jgk.mana ada player jatuh kat kotak penalti?hand ball pun tidak?rupa2nya free kick!hohoho!sembang beria tapi free kick dgn penalti pun x tau?itu jenis support player hensem.bkn tgk team pun heheh..sorang lagi aku tanya..kau minat team apa (soalan utk pilihan team world cup).dia jawab 'barcelona' jatuh!!tak!tak!mana ada negeri barcelona dlm world cup!

tapi aku pun takla faham sgt secara menyeluruh rules bola nih.aku masih lagi keliru bila bola faul.body contact mcm mana yg boleh.adakah pengadil boleh score gol?koff!!pilihan aku tahun ni mungkin argentina atau brazil.tapi aku tgk portugal pun semcm je?team eropah?kim salam je la..hehehe..apa2 pun enjoyla ye..xkisahla sokong team mana pun..org lain dah sampai afrika dah..malaysia?liga sendiri pun tunggang langgang!

Thursday, May 27, 2010

alip dan babah demam

mereka berduet demam.jadi aku yg solo terpaksa jaga mereka.wan dah bengkak mata akibat soluble (dia ada penyakit aneh mcm org aneh yg satu lagi.x boleh mkn ubat sebarangan *menjeling dusil).doktor kata.."eh bahaya tu.u allergic.kalau dibuatnya bengkak paru2 boleh jalan kita" ai..mmg takut mendengar ayat dr. othman.

alip pulak ntah kenapa tetiba badan dia panas.mungkin menyangkit dari wan agaknya.jadi hujung minggu ini dihabiskan dengan menjaga org sakit. *sigh*
hehehe

Tuesday, May 18, 2010

alipp..alip..

tak tau la.mungkin alip dah nak bercakap.tapi rasanya mmg lambat skit dia ni dpt beckp.lately dia sudah pandai mengatur beberapa ayat yg agak aneh dan lucu.

mama tanya babah : dia (merujuk alip) nakal tak harini?

babah : taklah.

alip : pis..pis..pis..aka..aka..aka..(please..please..please..kamu jgn nakal)

mama dan babah : jatuhh!!!

wan tgh bukak kipas untuk dibasuh.

alip : ayokk!!shak. (ayok!!rosak)

babah : tergigit kipas

adala beberapa perkataan yg dia boleh sebut skit2 mcm shoes..frog..tapi kalau sebut frog dia akan buat bunyi sekali.bunyi frog yg alip buat ialah mauu..mau..mau..kuk!kuk!(takut!takut!)

baru2 ni pulak bila dia nak sesuatu benda dia akan sebut anok!anok!anok! *bergurau apa!kau bukan org kelantan!tak boleh samar watak ini!ai..

Saturday, May 15, 2010

hmm..

sangat sedih,penat..dengan semua benda.

something special about me but nobody notice..

Dear Allah, please forgive me.I'm just a weak little creature begging Your

forgiveness..Please give me strength to get through this sadness.

I miss my father..we used to have long nice conversation.He fullfiled my soul with his magic words. I still need you to learn more about this crazy life.I need your advice.I really miss those precious days..Whatever happen, u are still my superhero,my idol and my forever ABAH.


lapar la..

Friday, May 7, 2010

dear blog..koff!

hohoh!kali ni aku nak cite ttg birthday wan.4.5 lepas ialah hari lahir beliau.aku suka bagi surprise kat dia.aku suka tgk muka dia tertegun2 campur terharu.dulu2 masa kawan aku bagi dia benda2 yg ala kadar..yelah tak mahula membazir wang ringgit utk kekasih yg belum tentu jadi suami.ahh!!dah terlanjur cakap.masa first kawin pun aku takat belanja dia makan je..ehh!sebelum tu aku belikan dia jam otromen RM 10 dan wallet aneh.yg paling best ialah masa aku belikan dia jeans.masa tu adala rezeki lebih dapat elaun apa ntah jadi aku bercadang nak belikan dia benda yg berharga skitla..jadi aku belikan dia jeans levis.masa nak beli tu aku pikir mcm mana nak tipu dia.sbb aku x tau saiz suar dia pakai (mmg isteri yg x ambil peduli hal suami)so..aku mintak meni taip msg kat aku.kekunun meni nak belikan jeans untuk hantaran pada art.kebetulan masa tu meni tgh sibuk buat persiapan nak kawin.jadi aku tipu2 sikit lelama taula dia pakai saiz 29.

yg best masa bagi aku kata sua tu utk dia.haa..terkejutla.nampak dia suka sgt.bestt!kali kedua buat dia terkejut ialah memberi handphone yg nampak cantik tapi function ala kadar.tu lagi best.kebetulan kami balik ipoh.papa mertuaku mengajak pergi ke pulau pangkor.masa dlm feri aku sorokkan handset lama dia.bila pulang ke rumah dia mula kelam kabut kerana handsetnya disangka hilang.padahal aku sorokkan dlm beg.hohoh..sampaila balik seremban dia x tau yg hanset tu aku sorok.muka dia mmg nampak sedih.aku plak saja buat bodoh,x amik kisah.lagi dia bengang.xlama tu meni singgah bawakan hanset yg telah siap bungkus(maini mmg sgt sport *maksud aku sporting*)aku kave2 ngan meni masuk dlm bilik,sorokkan cepat2.bila meni dah balik grik,aku on kan hanset lama dia.aku kol.muka dia nampak suka sgt kerana menjangka hansetnya dah jumpa.aku letakkan hanset lama dia atas kotak hadiah hanset baru.wawawawawawah!dia sgt terharu!

minggu lepas aku buat surprise lagi..kali ni lagi best.hadiah hanset jgk tapi lebih bermakna la dari hanset lama yg functionnya setakat amek gambar dan dgr music.yg ni ble la berfungsi sebagai gajet penyiasat.. koff!yg bestnya dia ingat aku bagi dia hadiah cawan (T_T)..aku suh dia teka.."abg tau nii..cawan.." *terus aku jatuh!

apa2pun dia sgt suka hadiah yg aku bagi.hepi birthday!semoga murah lagi rezeki!paling penting jgn lupa Tuhan ye..i luv u!