Sunday, March 14, 2010

koff!koff!

mungkin entry kali ni agak serius la..agak2 jelah.yelah nak menyentuh pasal anak aku yg sorang ni kenala amik serius.mana tau kalau blog ni wujud lagi masa dia besau nanti bila dia baca, dia tau la yg aku sgt serius membesarkan beliau.(-_-;)

ya..begini halnya..kebelakangan ni aliff dah pandai sebut perkataan sikit2 dan dah pandai meniru gaya wan marah.mmg sesuatu yg mengagumkan.koff!sebagai contoh dia pandai menyebut "flower = wakwe" (-_-;)"mama', "babah", "to tuk" = motor atuk,"mek" (bahasa kelantan)= milk,"kekkek" =cat,"kakak","clock"(meni yg ajar) "kak" = bukak dan adala beberapa lagi.dia juga dah pandai membuat bunyi haiwan.contohnya kalau aku sebut cat dia bunyi 'auuu'.antara haiwan2 tersebut ialah cow,sheep,turkey,horse,dog,chicken,lizard,bird dan snake.cuma kalau aku sebut snake dia akan bunyi "o'oh.." puncanya dia tgk citer the wild.ular tu jatuh dlm longkang sebut "o'oh.." maka otomatiklah bunyi ular ialah "o'Oh..'" dia juga ble mengenali 'tummy' dan 'nose' walaupun x sehebat anak org lain, aku sgt bersokorr..alhamdulillah..nampaknya dia anak yg terang hati.

ha..mungkin ada yg berkata dlm hati belagaknya nak ckp omputih je..esok2 anak langsung xreti ckp melayu, lupa asal usul, baru padan muka.tapi aku x kisah.ckpla apa nak ckp pun.aku ada sbb aku sndiri.aku dah berada dlm bidang pendidikan lebih kurang 5 tahun.aku dah tgk bnyk kerenah budak2dari darjah satu sampaila darjah 6.bidang ni semakin mencabar bukan utk aku sbg guru shj tapi jugak utk budak2 kecik yg baru nk kenal huruf. kalau x ada early preparation mmg akan jauh ketinggalan.

masalah bahasa inggeris paling kritikal la sbb bukan bhs diorg dahtu syllibus semakin tinggi.darjah satu dah belajar tentang verb,noun yg bebagai tu,past tense,present tense,bygkan budak2 yg baru nk belajar membaca dh kene belajar pasal benda2 grammar ni sume?kita dulu nyanyiiii je kan?belum khatam,naik darjah 2 dah makin tinggi syllibus.kesian aku tgk terutama kelas yg hujung nyawa tu.sbb tu dlm peringkat awal ini aku cuba pendekatan menambahkan vocab aliff sbb bila dia sekolah nanti mesti,confirmlah generasi dia dah dianggap pandai membaca sama ada bhs melayu atau inggeris.secara tak langsung dianggap telah memiliki vocab yg bnyk.jd keje sapa nk mendidik kalau bkn mak ayah?xkan nak harap cikgu tadika je kan?betul kata satu artikel yg aku baca DIDIK,BUKAN TERNAK ANAK..jd, faham2lah.

utk peringatan kawan2 dan diri aku sendiri paling penting ialah doa kpd ALLAH S.W.T terutama doa ibu.jd kenala faham maksud aku,maknanya solat jgn tinggal sebab lepas solatla doa plg makbul kan?lg pun itu adalah contoh yg baik utk anak kita jgk.dia tgk kita solat,InsyaAllah nanti dia pun akan rajin solat.doalah yg baik2 utk anak.kalau marah pun jgnlah menyumpah2..pesan mak aku,kalau marah sgt ckpla.."bertuah punya budak" budak2 belum berakal.

utk aliff..mama sayang aliff.jadi anak yg soleh ye..aminn ;)

4 comments:

  1. alah bek.. bagus lah ajar anak2 english. aku pun sedang praktikkan dengan rayyan. dengan lissa dulu aku tak buat sangat. 80% bahasa melayu. tapi dengan rayyan 80% aku praktikkan english. so sekarang lissa tengah belajar jugak lah sbb kat tadika dia cikgu banyak speaking (padahal tadika kemas aje.. tapi cikgu tu kira ok la.. sbb dapat ajar bahasa tambahan)


    rayyan dah satu tahun 6 bulan tapi tak reti cakap apa pun... (=_=;)

    tapi dah boleh suruh buat macam2 kerja berat.
    kalau aku suruh dia tunjuk itu ini (anggota badan in english) dan buat itu ini (kemas rumah, mop lantai, tebas rumput kofff!!!) semua dah boleh buat... cuma cakap aje tak boleh.
    tapi ketawa mengilai2 mcm wan maimunah boleh pulak... misteri betul lah dia tuh...

    apakah masalah anak saya cikgu?

    ReplyDelete
  2. pert muffin,
    dang setia rasa masalah ini berpunca drpd ibu kpd adik rayyan sendiri *menjeling..nampaknya adik rayyan sgt bijak kerana x mengikut ibunya yg suka berkata bukan-bukan.tahniah adik rayyan!koff!

    ReplyDelete
  3. elly rocker,
    dang setia rasa petua itu boleh di cuba utk dpt anak yg sihat seperti elly.heihei..

    ReplyDelete